Tidak lama sebelum ini, Chris ada menulis sedikit tentang pemain-pemain kegemarannya, baik yang lama mahupun yang baru. Ini menyebabkan saya berfikir sejenak tentang siapa pemain-pemain yang menjadi idola saya dan ingin berkongsinya dengan anda semua.

Izinkan saya bermula dari awalnya:

Camilla Martin

Sepanjang karir saya sebagai pemain badminton junior, saya gemar bermain secara perseorangan dan menonton corak permainan pemain-pemain perseorangan wanita yang telahpun menempa nama dalam bidang sukan ini. Ketika inilah munculnya, Camilla Martin, seorang pemain wanita dari Denmark. Dia banyak mencapai kejayaan yang menakjubkan sepanjang dirinya menjadi atlit sukan badminton dan menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Saya sentiasa teruja menantikan kejuaraan Yonex All England, kerana itulah satu-satunya peluang saya dalam setahun untuk menonton idola saya ketika beraksi. Ketika menonton permainan Camilla, saya berasa puas hati setiap kali dan setiap kejuaraan akan berakhir dengan saya membawa ibu bapa saya ke kedai peralatan sukan untuk membeli pakaian yang dipakainya ketika bermain.

Seiring dengan karir saya, saya akhirnya mula menjejakkan kaki ke permainan beregu dan beregu campuran dalam dunia badminton.

Zhao Yunlei

Zhao Yunlei merupakan seorang pemain dari China dan kejayaan yang dicapainya sememangnya sesuatu yang menjadi perbualan dunia badminton. Beliau merupakan juara Olimpik berganda dan Juara Dunia serta merupakan salah satu pemain badminton yang merupakan lawan yang sama handal serta salah satu pemain yang sukar dikalahkan.

Beliau merupakan salah seorang yang akan saya perhatikan, walaupun kami merupakan lawan. Saya akan cuba belajar sebanyak yang mungkin dari beliau dan menonton permainannya yang pantas dan agresif. Sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki di gelanggang, beliau memberikan segalanya permainan.

Kebolehan beliau untuk kekal konsisten dan menjadi pemain terbaik dunia dalam permainan beregu wanita dan beregu campuran menunjukkan kekuatan serta kelasakan beliau. Saya rasa yang beliau merupakan wanita tunggal yang berjaya memenangi beregu wanita dan beregu campuran ketika permainan Olimpik yang sama. (London 2012)

Walaupun adalah sangat sukar untuk mengalahkan beliau apabila saya berdepan dengan beliau, saya gemarkan cabaran itu serta berpendapat yang beliau adalah salah satu, jika bukan yang terbaik di dunia.

Hendra Setiawan

Hendra merupakan lagenda badminton serta merupakan seorang yang sangat berbudi bahasa. Hendra juga merupakan juara Olimpik serta Juara Dunia. Karir beliau amatlah panjang dan beliau masih lagi berada di tahap yang tertinggi di dunia badminton.

Saya sangat bertuah kerana berpeluang menonton permainan Hendra secara langsung, bersama dengan teman sepasukan beliau Markis Kido. Mereka Berjaya memenangi permainan Olimpik di Beijing ketika saya masih lagi baru sahaja memulakan karir saya sebagai senior. Ianya pertandingan yang sangat hebat dan ketika set ketiga mereka bermain dengan begitu baik sekali.

Perkara yang paling hebat tentang Hendra adalah yang beliau boleh membuat segalanya kelihatan seperti ianya begitu mudah (ianya bukanlah semudah yang disangkakan!), beliau sentiasa berada selangkah di hadapan lawan beliau. Beliau sepertinya tahu sahaja kedudukan syot seterusnya dan akan memberikan syot balasan yang sempurna. Saya rasa, salah satu perkara yang paling menterujakan ketika menonton permainan Hendra adalah kebolehan beliau ketika dalam gelanggang serta ketenangan beliau menghadapi lawan. Tiada yang lain seperti Hendra.

Perkara yang paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika kejuaraan Liga Premier India, di mana kami berpeluang bermain secara 3 dalam sepasukan ketika sesi latihan bersama. Hendra berada dalam pasukan saya dan Chris dan ketika melihat beliau beraksi di gelanggang dari jarak yang sebegitu dekat, saya berasa sangat teruja. Kami berada di pada 14-14 dan ketika Hendra mula bermain, kami berada di hadapan dengan 21-14, tanpa saya atau Chris mengambil mana-mana syot. Haha!

Carolina Marin

Akhir sekali, Carolina Marin. Beliau merupakan pemain badminton yang kini sedang menaik namanya sebagai pemain wanita perseorangan yang terhebat, setelah berjaya memenangi Kejuaraan Dunia buat kali ketiga di Nanjing beberapa bulan lepas bersama tahkta Olimpik beliau pada 2016. Carolina berjaya menempa nama sebagai pemain Eropah dengan disiplin beliau, serta berjaya menguasai permainan major sejak 2014.

Apa yang paling saya gemar tentang Carolina adalah semangat juang beliau serta keinginan beliau untuk mencapai kejayaan. Ketangkasan beliau di gelanggang adalah sesuatu yang luar biasa dan pada ketika permainan mula kelihatan sengit, beliau akan mula meningkatkan kepantasan corak permainan beliau.

Persoalan utama sekarang adalah berapa gelaran yang akan dapat Carolina menangi sehinggalah ke akhir karir beliau dan jika akan ada pemain badminton lain yang akan dapat menyamai pencapaian beliau.

Saya harap kalian terhibur membaca coretan pendek saya tentang pemain-pemain kegemaran saya. Jangan lupa mengikuti blog kami yang seterusnya.

Jumpa lagi,
Gabby

 

(Gambar dari : Badminton Photo)