Kenali Kami

Pemain Olimpik Chris dan Gabby Adcock merupakan pemain-pemain utama beregu badminton campuran di United Kingdom. Mereka juga merupakan juara kejohanan piala Eropah serta sukan Komanwel. Mereka merupakan pasangan pemain beregu badminton campuran yang menduduki tangga keempat dunia.

Mereka dilatih oleh Pete Jeffrey, salah seorang jurulatih badminton di National Badminton Centre di kawasan Milton Keynes di United Kingdom.

Setelah mengikat tali perkahwinan pada September 2013 dalam satu acara yang cukup meriah di Harrogate, mereka berjaya merangkul piala Hong Kong Open dengan mengalahkan juara bertahan pingat Olimpik bagi acara beregu badminton campuran dalam pusingan separuh akhir. Pada musim panas berikutnya, mereka mencapai kejayaan yang cukup manis apabila berjaya mendapatkan kemenangan untuk England dengan merangkul pingat emas dalam acara badminton beregu campuran di kejohanan sukan Komanwel 2014 yang berlangsung di Glasgow serta pingat perak dalam acara badminton beregu berpasukan. Mereka juga memperoleh gelaran juara Badminton World Federation Super Series Masters peringkat akhir yang bertempat di Dubai pada tahun 2015 dan berjaya menempa nama sebagai rakyat Britain pertama untuk merangkul gelaran tersebut.

Setelah mengambil bahagian dalam kejohanan Olimpik Rio pada tahun 2016, mereka kini berazam untuk menjadi juara kejohanan Olimpik dan mencapai kedudukan tangga teratas dunia bagi acara badminton beregu campuran. Di laman ini, anda akan dapat mengikuti mereka perjalanan mereka untuk mencapai azam dan impian mereka utuk menjadi pemain-pemain badminton beregu campuran yang terhebat dunia.

“Kami berharap yang laman ini akan memberikan peminat-peminat kami peluang untuk melihat kehidupan kami di sebalik tabir dan kami sangat teruja untuk membawa kepada anda sedikit sebanyak tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan seharian atlit elit dunia.”

Chris Adcock

Tarikh Lahir: 27/04/1989

Tempat Lahir: Leicester

Tempat Tinggal: Milton Keynes

Jurulatih: Pete Jeffrey

Ketinggian: 183 cm (6’0”)

Bermain Secara Profesional Sejak: 2007

Menggunakan Tangan: Kiri

Acara: Beregu Campuran dan Beregu Lelaki

Kedudukan Dunia: Keempat (Acara Beregu Campuran)

Bilangan Adik-Beradik: 3

Meminati: Chelsea FC, Bolasepak dan sukan lain

Badminton sememangnya merupakan sebahagian dari diri saya. Pada usia empat tahun, saya dihadiahkan raket badminton pertama saya dan sejak itu, saya tidak pernah menoleh ke belakang. Pada usia sepuluh tahun, saya diberi peluang keemasa untuk mewakili Great Britain dalam acara badminton dan tiga adik-beradik saya juga turut berkecimpung dengan dunia badminton. Ini membantu saya mengasah bakat dan memupuk semangat berdaya saing dalam diri saya. Saya dilahirkan di Leicester tetapi keluarga kami berpindah ke Nottingham ketika saya hanya berusia satu tahun. Pada usia lapan belas tahun, saya mengambil keputusan untuk menetap di Milton Keynes, di mana saya dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap karir badminton saya.

Gabby Adcock

Tarikh Lahir: 30/10/1990

Tempat Lahir: Leeds

Tempat Tinggal: Milton Keynes

Jurulatih: Pete Jeffrey

Ketinggian: 169cm (5’6”)

Bermain Secara Profesional Sejak: 2007

Menggunakan Tangan: Kanan

Acara: Beregu Campuran dan Beregu Wanita

Kedudukan Dunia: Keempat (Acara Beregu Campuran)

Bilangan Adik-Beradik: 3

Meminati: Fesyen, Melancong, Makanan dan Bercucuk-tanam

Keluarga  saya sememangnya kuat bersukan dan sejak dari umur lima tahun sehinggalah ke umur dua belas tahun, saya mencuba segala jenis sukan, dari berlari jarak jauh hingga ke tarian balet. Ketika mula melangkah masuk ke dunia badminton, umur saya hanya tujuh tahun. Pada ketika itu, saya sedang memerhatikan kakak saya, Jessica, yang bermain badminton untuk salah satu kelab kecil di kawasan kami. Saya diberi peluang oleh jurulatihnya untuk mencuba permainan badminton dan dalam sekelip mata sahaja, saya mulai jatuh cinta dengan permainan badminton. Dan sejak itulah badminton bertapak dalam kehidupan saya. Ketika umur saya sebelas tahun, saya berlatih selama 2/3 jam, empat kali seminggu dan menghadiri kejohanan kecil-kecilan pada hari minggu. Tempat asal saya di Leeds tetapi saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Milton Keynes pada usia enam belas tahun untuk berada lebih dekat dengan National Badminton Centre.