PIHAK PENAJA KAMI

Yonex

Chris dan Gabby masih lagi ditaja oleh Yonex, penaja mereka sejak sedekad yang lalu. Tajaan Yonex bermula sejak Gabby dan Chris masih lagi bermain pada tahap “junior” dan sejak itu, mereka telah dipilih sebagai Duta United Kingdom pertama Yonex bagi inisiatif “Legends’ Vision” Yonex yang bertujuan menggalakkan perkembangan industri permainan badminton dan melahirkan generasi pemain-pemain badminton handal yang baru. Jenama ini mempunyai kaitan rapat dengan permainan badminton dan perkongsian di antara mereka dengan pasangan Beregu Campuran kelima terbaik dunia telah mengukuhkan kedudukan Yonex sebagai jenama premium dalam kalangan pemain badminton Britain. Gabby dan Chris akan ditaja dari segi pakaian sukan, kasut dan aksesori ketika sesi latihan dan juga dalam mana-mana perlawanan atau kejohanan.

Concern Worldwide

Chris dan Gabby mula ditaja oleh Concern Worldwide sejak Ogos 2017. Perkongsian ini akan melihat pasangan Adcocks menyokong organisasi global kemanusiaan yang dikhususkan buat membasmi kemiskinan dan membantu mereka yang kesusahan di lebih 26 negara di serata Afrika, Asia, Timur Tengah dan Caribbean. Organisasi ini telah berjaya membantu lebih 22 juta orang tahun lepas. Pasangan Adcocks sangat komited dalam memberi sokongan kepada gerakan Concern Worldwide dan akan menjadi duta bagi menyampaikan mesej dan tujuan Concern Worldwide bagi membina masa depan yang lebih cerah bagi mereka yang dalam kesusahan serta keluarga dan komuniti mereka.

www.concern.net

Badminton England

Badminton England merupakan agensi pentadbiran badminton di England dan juga merupakan badan yang bertanggungkawab bagi memperkembangkan lagi permainan ini di serata United Kingdom. Mereka merupakan penaja Chris dan Gabby sejak zaman karir “junior” mereka dan kini masih lagi memberi sokongan padu kepada kedua mereka pada arena dunia di bawah program Prestasi Tahap Dunia yang mereka anjurkan. Tajaan dari segi kewangan dan material membolehkan pasangan Adcocks berlatih dalam keadaan dan atmosfera yang terbaik di National Badminton Centre di Milton Keynes bagi membolehkan mereka bersaing pada tahap dunia dan memberikan mereka kemudahan sains sukan dan perubatan sukan bagi memudahkan mereka mencapai tahap potensi permainan terbaik mereka.