Kami amat teruja yang Musim ke-4 Premier Badminton League (PBL) akan tiba di India tidak lama lagi. Baru beberapa minggu lalu sahaja, kami bangun awal untuk menonton siaran langsung khas lelongan para pemain. Saya perlu katakan yang ianya sesuatu yang hebat dan merupakan langkah yang cukup besar ke hadapan bagi industri permainan badminton. Bagi mereka yang kurang arif tentang PBL, ianya merupakan perlawanan di mana para pemain boleh melelong diri kepada mana-mana francais yang ada dalam liga ini. Saya dan Gabby sudah 3 musim bermain dalam PBL dan kami sangat bangga mengatakan yang kami dilelong kepada kumpulan yang sama juga kali ini – The Chennai Smashers. Kami merupakan juara PBL 2 tahun lepas, juga di bawah kumpulan The Chennai Smashers dan ianya merupakan satu perasaan yang sangat istimewa untuk kembali beraksi di bawah kelolaan mereka lagi.

Apa yang hebat tentangnya ialah bukan sahaja keseluruhan permainan tetapi juga peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan para pemain dari latar belakang dan adat yang berlainan. Ianya biasa berlangsung selama 3 minggu dan 3 minggu ini akan dihabiskan dengan mengelilingi seluruh India untuk mengambil bahagian dalam setiap perlawanan. Daripada kali pertama saya dan Gabby mengambil bahagian dalam perlawanan liga badminton ini, ianya telah banyak berubah, dari perhatian media, peminat serta kehadiran penonton, semuanya amat memberangsangkan. Ianya seperti satu kegilaan tetapi ianya sangat menyeronokkan juga. Ia juga kerana badminton merupakan satu permainan yang besar di India dan mereka juga mempunyai pemain-pemain sendiri yang cukup handal. Sindhu menjadi hero negara apabila berjaya membvawa pulang pingat perak pada kejohanan Olimpik Rio pada 2016. Dari situlah, badminton semakin berkembang di India.

Seperti yang saya katakana sebelum ini, saya dan Gabby merupakan juara bagi musim kedua PBL bersama Chennai Smashers, tetapi Gabby akan cuba untuk mendapatkan satu lagi kemenangan musim ini dengan menjadi kapten kumpulan sepertimana dia menjadi kapten kumpulan bagi kumpulan yang menjadi juara pada musim pertama, Delhi Acers. Kami sangat teruja untuk melangkah masuk ke gelanggan PBL semula, dengan harapan untuk mendapatkan gelaran juara buat kali kedua bagi Chennai Smashers.

Selain dari PBL, kami juga sibuk kebelakangan ini dengan Jelajah Dunia HSBC. Ianya mula bergerak ke Eropah untuk beberpa permainan iaitu Terbuka Denmark serta Terbuka Perancis, sebelum kembali semula ke Asia untuk 2 permainan terakhir di Hong Kong dan China. Kami sememanganya gemarkan perlawanan yang diadakan di Eropah. Walaupun kami juga suka mengambil bahagian di negara-negara Asia, kemudahan untuk ke Eropah menaiki keretapi atau kapal terbang selama hanya sejam adalah satu perasaan yang cukup menyenangkan.

Setelah permulaan yang cukup sukar tahun ini, dengan kecedaraan yang dialami oleh Gabby, kami masih berjaya mengekalkan gelaran kami sebagai juara Komanwel dan Eropah. Musim ini penuh dengan kejutan dan kami berharap akan terus dapat berusaha ke arah mengakhiri musim ini dengan lebih banyak kejayaan. Jangan lupa untuk terus mengikuti kami untuk berita terkini tentang perlawanan-perlawanan kami dan terima kasih daun keladi kami ucapakan kepada semua yang menyokong kami selama ini.
Salam,
Chris

(Gambar dari : Badminton Photo)